Myspace MP3 ripper

February 1st, 2008

Hmm.. korang suka dengar lagu band-band kat myspace especially untuk band-band/artist indie yang lagunya memang susah nak cari kat internet? Aku ada cara nak tolong korang dapatkan mp3-mp3 kat myspace music page tuh.

myspace music player

Ada dua cara untuk dapatkan mp3-mp3 tuh.

  1. Cara susah
  2. Cara senang

Cara susah

Korang rekod sendiri lagu tuh, hehe.. Bagi budak Multimedia, gunalah Sound Forge.

Cara Senang

  1. Korang pegi kat http://www.file2hd.com
  2. Isi bahagian URL tuh dengan URL kat mana page lagu yang korang nak tu.
    • Contoh: http://profile.myspace.com/index.cfm?fuseaction=user.viewp……….
  3. Check pada kotak I have read and agree to the Terms of Service
  4. pilih audio pada radio button kat bawah dia
  5. Klik get files
  6. Right klik pada link lagu yang korang nak, dan pilih Save as.
  7. Abih dah.

Aku tak gerenti 100% yang korang leh download semua lagu-lagu yang ada kat myspace. Tapi kebanyakkannya leh download guna cara nih. Sejak aku guna cara nih, hanya satu jer mp3 yang aku takleh download. Aku pun taktau sebab apa.

One more thing, aku hanya try cara ni untuk download lagu yang di hostkan oleh myspace sahaja. Atau dalam bahasa ringkasnya, player yang seperti gambar di atas. Player yang lain aku tak try pon lagi. Kalo korang try dan menjadi, bagitau la aku ye, hehe..

See you guys in the next post.

 

 

Posted by Nashroll | Filed in Tutorial | Comment now »

***ERROR-DATABASE CONNECTION LOST***

January 31st, 2008

Error

Sori sebab korang dapat error bila nk access blog aku nih. Hosting blog aku nih upgrade SQL server grid diorang. So secara otomatik sql parameter aku lari. Sekarang dah ok dah, tengkiu sebab ada yg prihatin bagitau kat aku.

Last post aku bulan November tahun lepas, kira-kira nak dekat 2 bulan aku tak post apa2 dalam blog aku nih. Dalam tempoh masa 2 bulan tuh, macam-macam terjadi peristiwa penting dan tak brapa penting dalam idup aku.

So here is it ( in chronological order):

  1. Aku dah berenti keja sebagai grafik designer
  2. Aku beli handphone baru, Sony Ericsson W580i)
  3. Aku p belajar memandu. (Tapi tak buat pun lagi yang 8 jam tuh, huhu)
  4. Aku dah graduate ( asalnya pada bulan dec 2007, tapi dah ditunda pada 19 Jan 2008)
  5. Kamera kena songlap kat peneng. Sapa yg curi tuh mmg aku tak maaf dunia akhirat la.
  6. Otot-otot perut, atau orang dok panggil 6-pack aku dah mula bergabung menjadi 1 dan semakin membesar.

Kalau aku rajin update blog nih, tentu banyak yang dapat aku tulis kat sini. Nanti-nanti aku update tentang past event yang berlaku k? Chow..

 

Posted by Nashroll | Filed in Perhatian | Comment now »

November 19th, 2007

Dah lama aku tak post kat blog aku nih. Sibuk skit, maklumlah orang baru mula bekerja.  Aku stat keja ari Sabtu lepas. Aku jadi grafik designer kat kedai printing kat Alor Star. aku keja dari pukul 9 pagi sampai 6 petang dari Sabtu sampai Khamis… Penat gila. Takleh la nk p lepak-lepak or dating kerap-kerap lagi dah, huhuh..

Aku sedang mengadaptasi perubahan hidup yang telah dilalui oleh semua orang..

 

Posted by Nashroll | Filed in Personal | 1 Comment »

My new baby..

November 16th, 2007

Ni la awek terbaru aku, Sony Cyber-shot DSC-T20. Beli kat SEC Simpang Kuala dengan harga RM1320 termasuk memory Card 1Gb , aku amik ansuran 24 bulan.

Spesifikasi camera nih:

  • 8.1 megapixel
  • face detection
  • double anti blur technology
  • Full HD display 1080
  • High ISO 3200

Nanti-nanti aku buat review tentang camera nih. Aku tengak nak godek-godek dulu function dia nih. Enjoy la dulu pic yang aku anik nih. Sori sebab gambar blur, camera tepon jer. Bye!!


Yang kat atas tuh tangan adik aku, saja nak amik glemer,hahaha…


Gambar kotak dia


Full package dia.

 

Posted by Nashroll | Filed in Uncategorized | Comment now »

Movie Marathon..

November 9th, 2007

Minggu ni memang boring bagi aku. Makan tido, tidao makan..Takdak apa yang leh aku buat melainkan mengadap laptop aku dan online hampir 24 jam sehari. Oleh kerana keboringan yang amat sangat maka terpaksalah aku perah otak yang dah berkarat sejak aku abih belajar bagi mencari alternatif lain untuk mengisi kebosanan yang melanda hidup aku ini.

Dulu masa stadi, aku habiskan masa-masa lapang lepak ngn member-member, tapi skang member ada kat SP, huhu.. Kalo lepak ngn awek plak, asik nak tengok wayang..WAYANG!! Hahaha, aku dah jumpa. Aku nak download movie. Aku dah lama tak download movie guna torrent nih. Berikut adalah senarai-senarai movie yang aku download dalam 5 hari lepas

  1. Ratatouille
  2. The nightmare before Chrismas
  3. Corpse Bride
  4. The day after tomorrow
  5. The Simpsons movie
  6. Wallace & Gromit: The curse of the were rabbit
  7. The Marine
  8. Resident Evil Extinction
  9. Mr Bean’s Holiday

Kesemua movie tu bersaiz lebih kurang 6.3Gb yang aku download dalam masa 5 hari. That’s mean average 1.26 Gb per day. tu tak masuk lagi, album-album yang aku download..I’m not sure that Tmnet will throttle my Streamyx speed this month because I’ve exceeded the limit. What limit? korang taktau ker? Setiap bulan pelanggan Streamyx hanya diberikan 3Gb bandwidth untuk upload dan download. Kalo lebih, diorang akan slowkan speed internet korang. Slow tahap cipan, kata budak-budak muda zaman aku dulu,hehe. Pakej unlimited konon, unlimited la sangat, huh…

Tapi aku tak pernah pun kena throttle walaupun aku selalu download melebihi limit. Dalam bill streamyx aku bulan lepas, diorang tulis aku guna 16Gb. Steady jer aku download movie guna torrent 700mb dalam masa under 2 jam. Hehe.. Tapi penah gak aku terjumpa orang yang kena throttle dengan tmnet dalam forum sebab penggunaan melebihi limit. Kiranya aku bernasib baik la sepanjang aku guna streamyx selama 2 tahun tak pernah kena throttle.

 

Posted by Nashroll | Filed in Personal | 2 Comments »