Long hard road on a bus

February 11th, 2008


Ntah kenapa skarang nih aku rasa boring gila bila naik bas. Tak macam dulu, kalo naik bas hari-hari pun maintain jer.. Senak pala aku, huhu.. Warghh, boring tul p SP naik bas. Tapi apa nak buat, kat SP wayang murah dan tempat best ntuk lepak-lepak. Bukan cam AS nih, nama jer ibu negeri Kedah, tapi tak happening langsung. Lepas pukul 8 jer trus mati. nasib, nasib….

 

Posted by Nashroll | Filed in Personal | Comment now »

Kereta Idaman mampu milik (versi antarabangsa)

February 10th, 2008

Macam orang lain, aku pun ada dream car jugak. Walaupun nama angan-angan, tapi kaki aku tetap pada bumi yang nyata. so kat bawah ni aku senaraikan top 3 kereta idaman aku yang aku rasa aku mampu beli dalam masa 10 tahun akan datang. List nih versi antarabangsa punya, yang versi tempatan punya nanti aku update kat post yang lain (aku kena pikir dulu sebab aku tak penah pikir pon nak beli keta tempatan, huhu)

Mitsubishi Lancer GT 2.0
Mitsubishi Lancer GT 2.0 (~RM 115 000)

Honda Civic 2007
Honda Civic 2007 (~RM 125 000)

Mazda 3 (sedan)
Mazda 3 (~RM 125 000)

 

Posted by Nashroll | Filed in Personal | Comment now »

Fret on Fire

February 5th, 2008

Fret on Fire

Korang penah dengar tak game Fret on Fire? Game nih memang best giler. Ala-ala Guitar Hero gitu, hehe.. Game nih sesuai sangat la bagi orang yang teringin nak main gitar hero tapi tak dak PlayStation or spec PC zaman batu (cam aku :P) Aku ngn adik aku dah gian main game nih, huhu.. sampai tidur lewat malam sebab main game nih.

Grafik game nih tak la best sangat cam Guitar Hero, tapi gameplay dia memang best, walaupun beberapa ciri gameplay yang ada pada Guitar Hero tiada dalam game ini. KAt bawah tuh aku attach skit screenshot yang aku amik dari website diorang

Antara yang bestnya tentang game nih adalah kerana ianya PERCUMA. So takyah la risau nak buat dosa dengan beli cd pirated or download crack dari internet. Korang leh download kat laman web rasmi Fret on Fire, http://fretsonfire.sourceforge.net.

Lagi satu yang bestnya, pc dengan spec lembab pun boleh main game nih. Sebab grafik yang ada pada game nih tak la berat sangat pun. Dan yang paling bestnya, korang leh buat sendiri track untuk game nih da juga import track dari game guitar hero yang ada. That’s mean that all you’ll play the same the stage/track on guitar hero in Fret of Fire as it is meant to be played on Guitar Hero.

Dalam game nih, korang digalakkan pegang keyboard korang cam dalam gambar diatas untuk mendapatkan feel semaksimum mungkin sebagai pemain gitar professional ( patut la malam2 aku tgk kebod pc kat ruang tamu rumah aku hilang tapi pagi-pagi ada balik, haha) . Cara ini lebih murah de\an ekonomi kalo nak dibandingkan dengan harga controller berbentuk gitar yang berharga ratusan ringgit. Kalo nak main kat ofis pun tak kantoi dengan bos. Korang leh kata sebab tekanan kerja, tu sebab la korang pegang kebod camtu, hehe..

 

Posted by Nashroll | Filed in Game, Review | Comment now »

February Desktop

February 4th, 2008

Ni desktop aku bagi bulan Februari. Aku suka interface yang clean & simple cam Macintosh punya komputer. So aku kerap cari mac os punya tranformation pack. Tapi untuk vista memang payah nk cari pack tuh, semua kena buat manually. Kalo guna Xp senang jer. Dulu aku guna FlykiteOsX. Install jer program tuh, dann automatically interface window korang akan jadi sebijik cam OSX.

Desktop setup:

  1. Wallpaper aku amik dari DeviantArt
  2. Desktop icon ada yang aku buat sendiri dan ada yang aku sambar dari DeviantArt
  3. RocketDock - icon-icon aku amik dari DeviantArt
  4. WindowBlinds 6

 

Posted by Nashroll | Filed in Personal | Comment now »

Myspace MP3 ripper

February 1st, 2008

Hmm.. korang suka dengar lagu band-band kat myspace especially untuk band-band/artist indie yang lagunya memang susah nak cari kat internet? Aku ada cara nak tolong korang dapatkan mp3-mp3 kat myspace music page tuh.

myspace music player

Ada dua cara untuk dapatkan mp3-mp3 tuh.

  1. Cara susah
  2. Cara senang

Cara susah

Korang rekod sendiri lagu tuh, hehe.. Bagi budak Multimedia, gunalah Sound Forge.

Cara Senang

  1. Korang pegi kat http://www.file2hd.com
  2. Isi bahagian URL tuh dengan URL kat mana page lagu yang korang nak tu.
    • Contoh: http://profile.myspace.com/index.cfm?fuseaction=user.viewp……….
  3. Check pada kotak I have read and agree to the Terms of Service
  4. pilih audio pada radio button kat bawah dia
  5. Klik get files
  6. Right klik pada link lagu yang korang nak, dan pilih Save as.
  7. Abih dah.

Aku tak gerenti 100% yang korang leh download semua lagu-lagu yang ada kat myspace. Tapi kebanyakkannya leh download guna cara nih. Sejak aku guna cara nih, hanya satu jer mp3 yang aku takleh download. Aku pun taktau sebab apa.

One more thing, aku hanya try cara ni untuk download lagu yang di hostkan oleh myspace sahaja. Atau dalam bahasa ringkasnya, player yang seperti gambar di atas. Player yang lain aku tak try pon lagi. Kalo korang try dan menjadi, bagitau la aku ye, hehe..

See you guys in the next post.

 

 

Posted by Nashroll | Filed in Tutorial | Comment now »