Archive for the 'Tutorial' Category

Open Source vs Piracy

February 14th, 2008

Open source

Korang mesti selalu guna beli cd lanun or download dari internet program-program yang korang slalu gunakan. Perbuatan korang tuh sama la seperti mencuri. Dan the worst part is, kebanyakan patch atau keygen yang digunakan untuk crack program nih mengandungi trojan atau spyware.

“Nak buat camna, aku memang perlukan program nih..”

“Nak beli mahal sangat la”

Kalo dah macam tuh, aku nak suggestkan satu alternatif bagi mengatasi masalah tuh.

OPEN SOURCE PROGRAM

Program nih adalah free dan bebas dari sebarang spyware atau trojan. Dan yang paling penting, fungsinya hampir sama atau sama dengan program yang berbayar. So kat bawah nih aku senaraikan sebahagian alternatif-alternatif bagi perisian yang korang gunakan:

Web Browser = Mozilla Firefox
Microsoft Office = OpenOffice
Adobe Photoshop = GIMP
SoundForge = Audacity
3D Program = Blender
Antivirus = AVG,AVAST
CD Burner = Ashampoo Burning Studio
Audio/Video Converter = MediaCoder

Ada banyak lagi yang korang boleh cari kat internet tentang perisian open-source nih. Korang boleh try pergi kat http://sourceforge.net atau http://www.download.com

Aku pun guna gak perisian lanun nih, tapi aku cuba kurangkan. Agak mustahil la untuk berubah semuanya kepada open source. Mungkin tempat kerja kita memerlukan perisian yang tertentu.. Jadi sokonglah open source untuk ketenangan minda dan berilah contoh moral yang baik kepada masyarakat. Piracy ialah mencuri, mencuri tuh haram. So kalo kita cari duit guna benda haram hukumnya apa.. Huhuhu, pikir sendiri la.

p/s: Windows Vista aku original :P

 

Posted by Nashroll | Filed in Tutorial, Tech | Comment now »

 

Myspace MP3 ripper

February 1st, 2008

Hmm.. korang suka dengar lagu band-band kat myspace especially untuk band-band/artist indie yang lagunya memang susah nak cari kat internet? Aku ada cara nak tolong korang dapatkan mp3-mp3 kat myspace music page tuh.

myspace music player

Ada dua cara untuk dapatkan mp3-mp3 tuh.

  1. Cara susah
  2. Cara senang

Cara susah

Korang rekod sendiri lagu tuh, hehe.. Bagi budak Multimedia, gunalah Sound Forge.

Cara Senang

  1. Korang pegi kat http://www.file2hd.com
  2. Isi bahagian URL tuh dengan URL kat mana page lagu yang korang nak tu.
    • Contoh: http://profile.myspace.com/index.cfm?fuseaction=user.viewp……….
  3. Check pada kotak I have read and agree to the Terms of Service
  4. pilih audio pada radio button kat bawah dia
  5. Klik get files
  6. Right klik pada link lagu yang korang nak, dan pilih Save as.
  7. Abih dah.

Aku tak gerenti 100% yang korang leh download semua lagu-lagu yang ada kat myspace. Tapi kebanyakkannya leh download guna cara nih. Sejak aku guna cara nih, hanya satu jer mp3 yang aku takleh download. Aku pun taktau sebab apa.

One more thing, aku hanya try cara ni untuk download lagu yang di hostkan oleh myspace sahaja. Atau dalam bahasa ringkasnya, player yang seperti gambar di atas. Player yang lain aku tak try pon lagi. Kalo korang try dan menjadi, bagitau la aku ye, hehe..

See you guys in the next post.

 

 

Posted by Nashroll | Filed in Tutorial | Comment now »

 

Masalah audio ketika melihat video di youtube

October 30th, 2007

youtube

Pernah tak bila korang pegi kat youtube, metacafe, veoh, atau lain-lain laman web yang menyediakan perkhidmatan video streaming online yang menggunakan flash,korang tak dengar audio atau bunyi dari speaker korang? Kalau pernah, jangan gabra dan jangan gundah gulana. Dan yang paling penting, jangan gatai tangan nak format pc anda.Kalau korang selalu sangat format harddisk korang, harddisk korang akan cepat lingkup dan juga status kewangan anda akan cepat merudum.

Simple gila beb, tak sampai 5minit pun kalau nak buat. Korang kena berani main ngn registry la. Aku tak paham sangat kenapa orang takut sangat nak main dengan registry. Kalau tau apa yang kita buat, takkan jadik masalah punya.Bukannya leh meletup pc tu, paling teruk pun kena format balik pc tuh,hehe.

So back to the topic, cara-cara untuk mengatasi masalah sound tak keluar bila tengok video kat youtube adalah:

1) tekan butang Windows+R, ataupun klik kat start button dan klik run.
2) Taip regedit dan tekan Enter
3) korang pegi kat

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Drivers32
4) lepas tuh korang buat satu string value baru dan namakan string tuh sebagai wavemapper, dan setkan value dia kepada msacm32.drv
5) Siap, tutup regedit

Korang takyah restart pc lepas buat step diatas. Kalo korang rasa was-was nk try edit regedit, ni aku ada sediakan registry file kat korang. Korang download file nih kat pc korang dan double click jer.

Download: youtube sound fix

NOTA: LANGKAH-LANGKAH DIATAS HANYA DIUJI UNTUK WINXP 32BIT DAN WINVISTA 32BIT SAHAJA. SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KALAU TERJADI SESUATU KEPADA PC ANDA AKIBAT DARI PENGGUNAAN FAIL REGISTRY YANG SAYA SEDIAKAN.

 

Posted by Nashroll | Filed in Tutorial | Comment now »