Archive for the 'Personal' Category
November 19th, 2007
Dah lama aku tak post kat blog aku nih. Sibuk skit, maklumlah orang baru mula bekerja. Aku stat keja ari Sabtu lepas. Aku jadi grafik designer kat kedai printing kat Alor Star. aku keja dari pukul 9 pagi sampai 6 petang dari Sabtu sampai Khamis… Penat gila. Takleh la nk p lepak-lepak or dating kerap-kerap lagi dah, huhuh..
Aku sedang mengadaptasi perubahan hidup yang telah dilalui oleh semua orang..
Movie Marathon..
November 9th, 2007
Minggu ni memang boring bagi aku. Makan tido, tidao makan..Takdak apa yang leh aku buat melainkan mengadap laptop aku dan online hampir 24 jam sehari. Oleh kerana keboringan yang amat sangat maka terpaksalah aku perah otak yang dah berkarat sejak aku abih belajar bagi mencari alternatif lain untuk mengisi kebosanan yang melanda hidup aku ini.
Dulu masa stadi, aku habiskan masa-masa lapang lepak ngn member-member, tapi skang member ada kat SP, huhu.. Kalo lepak ngn awek plak, asik nak tengok wayang..WAYANG!! Hahaha, aku dah jumpa. Aku nak download movie. Aku dah lama tak download movie guna torrent nih. Berikut adalah senarai-senarai movie yang aku download dalam 5 hari lepas
- Ratatouille
- The nightmare before Chrismas
- Corpse Bride
- The day after tomorrow
- The Simpsons movie
- Wallace & Gromit: The curse of the were rabbit
- The Marine
- Resident Evil Extinction
- Mr Bean’s Holiday
Kesemua movie tu bersaiz lebih kurang 6.3Gb yang aku download dalam masa 5 hari. That’s mean average 1.26 Gb per day. tu tak masuk lagi, album-album yang aku download..I’m not sure that Tmnet will throttle my Streamyx speed this month because I’ve exceeded the limit. What limit? korang taktau ker? Setiap bulan pelanggan Streamyx hanya diberikan 3Gb bandwidth untuk upload dan download. Kalo lebih, diorang akan slowkan speed internet korang. Slow tahap cipan, kata budak-budak muda zaman aku dulu,hehe. Pakej unlimited konon, unlimited la sangat, huh…
Tapi aku tak pernah pun kena throttle walaupun aku selalu download melebihi limit. Dalam bill streamyx aku bulan lepas, diorang tulis aku guna 16Gb. Steady jer aku download movie guna torrent 700mb dalam masa under 2 jam. Hehe.. Tapi penah gak aku terjumpa orang yang kena throttle dengan tmnet dalam forum sebab penggunaan melebihi limit. Kiranya aku bernasib baik la sepanjang aku guna streamyx selama 2 tahun tak pernah kena throttle.
Yea yea dapat surat..
November 6th, 2007

Huhu, selepas penantian dan kunjungan tanpa jemu selama sebulan ke peti surat rumah aku, akhirnya sampai jugak surat dari Google. Dah dapat dah pin, so skarang tunggu masa nak dapatkan USD100 ntuk cash out. Go baby go!!! muahahaha..
Jalan-jalan cari handphone
October 27th, 2007
Aku bercadang nak upgrade handphone aku nih, tapi aku confuse nak beli yang mana satu. Mula-mula ingat nak beli w610i je, tapi lepas aku survey harga handphone kat Alor Star dan Sungai Petani,ni model-model handphone yang aku minat/ mampu aku beli
Model-model tersebut adalah:
- Sony Ericsson w850i
- Sony Ericsson w580i
- Sony Ericsson k810i
- sony Ericsson w610i
- Sony Ericsson w810i
- Motorola Rokr E2
Aku memang minat dengan Rokr E2 sejak dulu. Tapi memandangkan dah lama sangat handphone nih keluar dan design dia yang agak tak best, aku dropkan phone ni dari shortlist aku.
w810i plak memang pernah top satu masa dulu, sebab walkman player dia, dan salah satu dari handphone siri walkman yang ada kamera 2.0 megapixel autofocus. Setahu aku siri walkman yang ada autofokus hanya w810i dan w610i jer. Handphone nih pun aku drop jugak, sebab sound quality tak best kalo dibandingkan dengan handphone aku sekarang. Still guna walkman player version 1.0 dan tebal plak tuh.
W610i nih mid entry model bagi walkman phone. Kamera 2.0 megapixel autofocus, 2.0 walkman player. It’s a good phone actually, tapi aku tak berkenan dengan color scheme dia. Kalau depan hitam, belakang oren. Kalau depan putih/silver, belakang hitam. Disebabkan aku suka warna hitam, dan color scheme hitam tak menarik langsung, aku drop phone nih. Kalau Sony Ericsson buat color scheme yang depan belakang semua hitam, memang sah aku beli phone nih masa survey tadi.
K810i plak memang cun. Design dan build quality memang nampak mahal. Tambah pulak dengan kamera 3.2 megapixel autofocus dan Xenon flash, memang sebijik la macam digital camera la. Huh, digital camera? Nanti ayah aku nk beli sebijik kamera digital, watpa nak beli kamera lagi. Kalau nk guna kamera, aku songlap la,hahaha… K810i you’re out. I need a music phone..
w580i, cinta pandang pertama aku..Phone nih memang sexy, ada lampu liplap macam handphone aku yang sekarang nih. Slider phone, design up to date, plus skrin besar 2.0 inch 262k tft. Kamera 2.0 fixed focus, Walkman player version 2.0, dan yang paling best skali ada fitness application. cuma takda 3g dan cuma dapat memory card 512mb jer, huhu…
w850i, almost a perfect phone kalo bukan ketebalan dia tuh dan takdak ciri autofokus. handphone nih ada fixed focus 2.0 megapixel camera, 2.0 walkman player, 3g, dan 1Gb memory card in the box.
So calon-calon bakal handphone aku adalah

Asal usul nashroll19
October 25th, 2007
nashroll19[at]yahoo.com
Familiar ke ngn emel kat atas tuh? aku lagi familiar, haha. Sebab yang membuatkan aku gatal tangan untuk menulis entry ni adalah sebab banyak orang yang membuat andaian bahawa nombor 19 kat emel tuh adalah umur aku.
Antara kata-kata yang aku terima apabila orang mintak emel aku:
“Ceh, nashroll19. apa klas taruh umur kat emel”
“Woi ank dah tua bangka la, apsal taruk nombor 19 kat emel. tak malu, hehe”
“Biar betul umur ank 19 tahun. Nampak muda la..”
“Pehh, fan Dewa19 rupanya” –> memang takdak kena mengena langsung
“Korang semua salah la”