Archive for the 'Game' Category

Fret on Fire

February 5th, 2008

Fret on Fire

Korang penah dengar tak game Fret on Fire? Game nih memang best giler. Ala-ala Guitar Hero gitu, hehe.. Game nih sesuai sangat la bagi orang yang teringin nak main gitar hero tapi tak dak PlayStation or spec PC zaman batu (cam aku :P) Aku ngn adik aku dah gian main game nih, huhu.. sampai tidur lewat malam sebab main game nih.

Grafik game nih tak la best sangat cam Guitar Hero, tapi gameplay dia memang best, walaupun beberapa ciri gameplay yang ada pada Guitar Hero tiada dalam game ini. KAt bawah tuh aku attach skit screenshot yang aku amik dari website diorang

Antara yang bestnya tentang game nih adalah kerana ianya PERCUMA. So takyah la risau nak buat dosa dengan beli cd pirated or download crack dari internet. Korang leh download kat laman web rasmi Fret on Fire, http://fretsonfire.sourceforge.net.

Lagi satu yang bestnya, pc dengan spec lembab pun boleh main game nih. Sebab grafik yang ada pada game nih tak la berat sangat pun. Dan yang paling bestnya, korang leh buat sendiri track untuk game nih da juga import track dari game guitar hero yang ada. That’s mean that all you’ll play the same the stage/track on guitar hero in Fret of Fire as it is meant to be played on Guitar Hero.

Dalam game nih, korang digalakkan pegang keyboard korang cam dalam gambar diatas untuk mendapatkan feel semaksimum mungkin sebagai pemain gitar professional ( patut la malam2 aku tgk kebod pc kat ruang tamu rumah aku hilang tapi pagi-pagi ada balik, haha) . Cara ini lebih murah de\an ekonomi kalo nak dibandingkan dengan harga controller berbentuk gitar yang berharga ratusan ringgit. Kalo nak main kat ofis pun tak kantoi dengan bos. Korang leh kata sebab tekanan kerja, tu sebab la korang pegang kebod camtu, hehe..

 

Posted by Nashroll | Filed in Game, Review | Comment now »

 

NFS: ProStreet Demo Review

November 5th, 2007

Ok, aku dah abih dah main game ni. Bila run jer demo tu, mata aku terpaku tengok intro movie game ni, memang cun dan real habis. Dalam demo ni, kita boleh main 2 mode saja. Iaitu speed challenge dan grip challenge. Speed challenge ni konsep dia lebih kurang macam speed trap challenge untuk NFS Most Wanted, dan grip challenge ni konsep dia macam race-race biasa je.Dalam ProStreet ni, polis takde tau. Sebab ProStreet ni legal racing, bukannya lumba haram macam siri-siri NFS yang lain.

Grafik game ni memang elok. Aku bagi 10/10. Grafik ProStreet ni lebih elok berbanding NFS Carbon, walaupun aku tak menggunakan high setting pada semua video option. So far ini la grafik game yang paling best pernah aku main.

Kualiti sound effect yang digunakan dalam demo ni macam biasa jer, sama seperti game-game NFS yang lain. EA masih lagi memuatkan soundtrack yang tak best dalam game ni. Sama seperti game NFS yang lain. Lagu yang tak membawa mood racing langsung, untuk audio, aku bagi 5/10. Lagipun aku rasa tak ramai orang yang dengar soundtrack ni.

Gameplay memang teruk, kereta susah dikawal dan kerapkali suka keluar dari jalan. Dalam mode speed challange, NoS hanya boleh digunakan sebanyak 3 kali. Dalam mode ini, kita perlu berhati-hati mengawal kereta, kerana apabila berlaku perlanggaran, Ianya akan menyebabkan kerosakan pada kereta. Dan apabila berlaku perlangaaran yang teruk, kereta itu tidak boleh digunakan lagi dan anda tidak dapat meneruskan perrlumbaan. Konsep yang hampir sama digunakan bagi NFS High Stake.

Tiada apa-apa yang baru dalam mode grip challenge, Ianya sama seperti berlumba di litar lumba, kecuali kerosakan pada kereta sekiranya berlaku perlanggaran.

Secara keseluruhan saya rasa demo ni tak berapa best kalau nak dibandingkan dengan demo NFS most wanted dan Carbon. Hanya grafik saja yang nampak menarik. Game ini mungkin akan menarik perhatian bagi gamers-gamers yang sukakan driving simulator seperti Grand Turismo. Harap-harap final produk bagi ProStreet tak seteruk demo ini.

 

Posted by Nashroll | Filed in Game, Review | Comment now »

 

Need for speed ProStreet Demo dah keluar!!

November 4th, 2007

Need for Speed ProStreet

Semalam EA games releasekan demo game untuk siri Need For Speed yang baru iaitu Need For Speed ProStreet. Aku try download melalui official link tapi, sever overload pulak. So arini la aku berpeluang download demo tuh. aku download melalui torrent, mau amik 2 jam lebih gak la nak download fail yang sebesar 795.48MB tuh.

Masa EA keluarkan kenyataan nak buat ProStreet nih, diorang kata untuk versi PC, game ni memerlukan graphic card yang support directX 10. so aku surrender la, sebab pc aku leh main directX 9 jer. So semalam baru aku tau yang prostreet nih boleh main guna graphic card DX9. Terus aku cari, haha…

Aku dah tak sabar nak main game nih. Aku nk try dulu, so bye! Ni aku ada sedikit informasi dan link-link ntuk korang download. Esok aku tulis review tentang game ni.

________________________________________________

Keperluan minimum PC untuk run game nih:
Operating System: Windows XP / Windows Vista
Processor: 2.8 GHz for Windows XP; 3.0 GHz for Windows Vista
Memory: 512 MB RAM for Windows XP; 1GB RAM for Windows Vista
Hard Drive: 8.1 GB
Optical Drive: 8x DVD drive (Europe) / CD drive (North America
Graphic Card: 128 MB or higher (Pixel Shader 2.0, AGP and PCIe only)
DirectX: Version 9.0c
Online Multiplayer: Internet Connection 512 Kbps, 2-8 Players
Input: Keyboard, Mouse

Download Link

 

Posted by Nashroll | Filed in Download, Game | Comment now »