NFS: ProStreet Demo Review
November 5th, 2007
Ok, aku dah abih dah main game ni. Bila run jer demo tu, mata aku terpaku tengok intro movie game ni, memang cun dan real habis. Dalam demo ni, kita boleh main 2 mode saja. Iaitu speed challenge dan grip challenge. Speed challenge ni konsep dia lebih kurang macam speed trap challenge untuk NFS Most Wanted, dan grip challenge ni konsep dia macam race-race biasa je.Dalam ProStreet ni, polis takde tau. Sebab ProStreet ni legal racing, bukannya lumba haram macam siri-siri NFS yang lain.
Grafik game ni memang elok. Aku bagi 10/10. Grafik ProStreet ni lebih elok berbanding NFS Carbon, walaupun aku tak menggunakan high setting pada semua video option. So far ini la grafik game yang paling best pernah aku main.
Kualiti sound effect yang digunakan dalam demo ni macam biasa jer, sama seperti game-game NFS yang lain. EA masih lagi memuatkan soundtrack yang tak best dalam game ni. Sama seperti game NFS yang lain. Lagu yang tak membawa mood racing langsung, untuk audio, aku bagi 5/10. Lagipun aku rasa tak ramai orang yang dengar soundtrack ni.
Gameplay memang teruk, kereta susah dikawal dan kerapkali suka keluar dari jalan. Dalam mode speed challange, NoS hanya boleh digunakan sebanyak 3 kali. Dalam mode ini, kita perlu berhati-hati mengawal kereta, kerana apabila berlaku perlanggaran, Ianya akan menyebabkan kerosakan pada kereta. Dan apabila berlaku perlangaaran yang teruk, kereta itu tidak boleh digunakan lagi dan anda tidak dapat meneruskan perrlumbaan. Konsep yang hampir sama digunakan bagi NFS High Stake.
Tiada apa-apa yang baru dalam mode grip challenge, Ianya sama seperti berlumba di litar lumba, kecuali kerosakan pada kereta sekiranya berlaku perlanggaran.
Secara keseluruhan saya rasa demo ni tak berapa best kalau nak dibandingkan dengan demo NFS most wanted dan Carbon. Hanya grafik saja yang nampak menarik. Game ini mungkin akan menarik perhatian bagi gamers-gamers yang sukakan driving simulator seperti Grand Turismo. Harap-harap final produk bagi ProStreet tak seteruk demo ini.
Please leave a Comment