Archive for November, 2007

November 19th, 2007

Dah lama aku tak post kat blog aku nih. Sibuk skit, maklumlah orang baru mula bekerja.  Aku stat keja ari Sabtu lepas. Aku jadi grafik designer kat kedai printing kat Alor Star. aku keja dari pukul 9 pagi sampai 6 petang dari Sabtu sampai Khamis… Penat gila. Takleh la nk p lepak-lepak or dating kerap-kerap lagi dah, huhuh..

Aku sedang mengadaptasi perubahan hidup yang telah dilalui oleh semua orang..

 

Posted by Nashroll | Filed in Personal | 1 Comment »

 

My new baby..

November 16th, 2007

Ni la awek terbaru aku, Sony Cyber-shot DSC-T20. Beli kat SEC Simpang Kuala dengan harga RM1320 termasuk memory Card 1Gb , aku amik ansuran 24 bulan.

Spesifikasi camera nih:

  • 8.1 megapixel
  • face detection
  • double anti blur technology
  • Full HD display 1080
  • High ISO 3200

Nanti-nanti aku buat review tentang camera nih. Aku tengak nak godek-godek dulu function dia nih. Enjoy la dulu pic yang aku anik nih. Sori sebab gambar blur, camera tepon jer. Bye!!


Yang kat atas tuh tangan adik aku, saja nak amik glemer,hahaha…


Gambar kotak dia


Full package dia.

 

Posted by Nashroll | Filed in Uncategorized | Comment now »

 

Movie Marathon..

November 9th, 2007

Minggu ni memang boring bagi aku. Makan tido, tidao makan..Takdak apa yang leh aku buat melainkan mengadap laptop aku dan online hampir 24 jam sehari. Oleh kerana keboringan yang amat sangat maka terpaksalah aku perah otak yang dah berkarat sejak aku abih belajar bagi mencari alternatif lain untuk mengisi kebosanan yang melanda hidup aku ini.

Dulu masa stadi, aku habiskan masa-masa lapang lepak ngn member-member, tapi skang member ada kat SP, huhu.. Kalo lepak ngn awek plak, asik nak tengok wayang..WAYANG!! Hahaha, aku dah jumpa. Aku nak download movie. Aku dah lama tak download movie guna torrent nih. Berikut adalah senarai-senarai movie yang aku download dalam 5 hari lepas

  1. Ratatouille
  2. The nightmare before Chrismas
  3. Corpse Bride
  4. The day after tomorrow
  5. The Simpsons movie
  6. Wallace & Gromit: The curse of the were rabbit
  7. The Marine
  8. Resident Evil Extinction
  9. Mr Bean’s Holiday

Kesemua movie tu bersaiz lebih kurang 6.3Gb yang aku download dalam masa 5 hari. That’s mean average 1.26 Gb per day. tu tak masuk lagi, album-album yang aku download..I’m not sure that Tmnet will throttle my Streamyx speed this month because I’ve exceeded the limit. What limit? korang taktau ker? Setiap bulan pelanggan Streamyx hanya diberikan 3Gb bandwidth untuk upload dan download. Kalo lebih, diorang akan slowkan speed internet korang. Slow tahap cipan, kata budak-budak muda zaman aku dulu,hehe. Pakej unlimited konon, unlimited la sangat, huh…

Tapi aku tak pernah pun kena throttle walaupun aku selalu download melebihi limit. Dalam bill streamyx aku bulan lepas, diorang tulis aku guna 16Gb. Steady jer aku download movie guna torrent 700mb dalam masa under 2 jam. Hehe.. Tapi penah gak aku terjumpa orang yang kena throttle dengan tmnet dalam forum sebab penggunaan melebihi limit. Kiranya aku bernasib baik la sepanjang aku guna streamyx selama 2 tahun tak pernah kena throttle.

 

Posted by Nashroll | Filed in Personal | 2 Comments »

 

Yea yea dapat surat..

November 6th, 2007

Huhu, selepas penantian dan kunjungan tanpa jemu selama sebulan ke peti surat rumah aku, akhirnya sampai jugak surat dari Google. Dah dapat dah pin, so skarang tunggu masa nak dapatkan USD100 ntuk cash out. Go baby go!!! muahahaha..

 

Posted by Nashroll | Filed in Personal | 4 Comments »

 

NFS: ProStreet Demo Review

November 5th, 2007

Ok, aku dah abih dah main game ni. Bila run jer demo tu, mata aku terpaku tengok intro movie game ni, memang cun dan real habis. Dalam demo ni, kita boleh main 2 mode saja. Iaitu speed challenge dan grip challenge. Speed challenge ni konsep dia lebih kurang macam speed trap challenge untuk NFS Most Wanted, dan grip challenge ni konsep dia macam race-race biasa je.Dalam ProStreet ni, polis takde tau. Sebab ProStreet ni legal racing, bukannya lumba haram macam siri-siri NFS yang lain.

Grafik game ni memang elok. Aku bagi 10/10. Grafik ProStreet ni lebih elok berbanding NFS Carbon, walaupun aku tak menggunakan high setting pada semua video option. So far ini la grafik game yang paling best pernah aku main.

Kualiti sound effect yang digunakan dalam demo ni macam biasa jer, sama seperti game-game NFS yang lain. EA masih lagi memuatkan soundtrack yang tak best dalam game ni. Sama seperti game NFS yang lain. Lagu yang tak membawa mood racing langsung, untuk audio, aku bagi 5/10. Lagipun aku rasa tak ramai orang yang dengar soundtrack ni.

Gameplay memang teruk, kereta susah dikawal dan kerapkali suka keluar dari jalan. Dalam mode speed challange, NoS hanya boleh digunakan sebanyak 3 kali. Dalam mode ini, kita perlu berhati-hati mengawal kereta, kerana apabila berlaku perlanggaran, Ianya akan menyebabkan kerosakan pada kereta. Dan apabila berlaku perlangaaran yang teruk, kereta itu tidak boleh digunakan lagi dan anda tidak dapat meneruskan perrlumbaan. Konsep yang hampir sama digunakan bagi NFS High Stake.

Tiada apa-apa yang baru dalam mode grip challenge, Ianya sama seperti berlumba di litar lumba, kecuali kerosakan pada kereta sekiranya berlaku perlanggaran.

Secara keseluruhan saya rasa demo ni tak berapa best kalau nak dibandingkan dengan demo NFS most wanted dan Carbon. Hanya grafik saja yang nampak menarik. Game ini mungkin akan menarik perhatian bagi gamers-gamers yang sukakan driving simulator seperti Grand Turismo. Harap-harap final produk bagi ProStreet tak seteruk demo ini.

 

Posted by Nashroll | Filed in Game, Review | Comment now »