Archive for October, 2007
Bagai orang malas diberi cuti…
October 23rd, 2007
Petang tadi dalam pukul 5.40 aku ada terima satu panggilan telefon dari Puan Zu. Kalau tak silap aku, dia tuh pengetua Cosmopoint Sungai Petani. Mati-mati aku ingat pasal permohonan aku untuk membuat lanjutan PTPTN diluluskan, tapi sebenarnya bukan. Aku telah dipanggil temuduga untuk jawatan trainer kat Cosmopoint SP. Blur jap aku, sambil memikirkan bila masa aku apply kerja kat Cosmopoint. Abaikanlah, janji aku dapat peluang aku.
Apa kejadahnya trainer tu? aku pun tak dak clue. Tapi selepas brief explanation dari Puan Zu, barulah aku tau yang kerja trainer nih ajar budak-budak lepasan SPM buat Flash, photoshop dan sebagainya. Kiranya trainer nih cam lecturer tak bertauliah la,hehe.. Alhamdulillah, peluang kerja datang kat aku tanpa aku bersusah payah. Untung jugak aku rupanya.
Tambah Puan Zu lagi, gaji yang mungkin akan aku dapat adalah dalam lingkungan rm800++ dan kerja tuh adalah secara kontrak. Ala, boleh la tuh dari aku duduk tak buat apa kat rumah, lagipun kontrak tak lama, cuma 4 bulan jer.
Tapi.. bila fikir-fikir balik aku cam dengar perkataan yang cukup aku tak suka !! Naik alergik aku dengar perkataan tuh. Dah lama aku tinggal benda alah tuh, entah ingat ke tidak lagi action script dia.
Harap-harap dapat la aku dapat kerja tuh. kalau tak dapat pun takpa, asalkan PTPTN aku dapat. Duit tu a yang aku nk bayar yuran tertunggak aku kat cosmo. Selepas berbual beberapa ketika, sebenarnya salah seorang lecturer aku yang forwardkan nama aku untuk jawatan tuh. Terima Kasih untuk beliau kerana telah mengforwardkan nama aku.
p/s: Nama lecturer tersebut terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.
2-0=Malu
October 21st, 2007
MyTeam kalah 2-0 ngn Indonesia. Ish, apa nk jadi ngan ‘industri’ bola sepak negara nih. Asyik kalah jer.. ni yang membuatkan aku tak minat tengok bola nih (dari dulu lagi aku tak suka tengok bola pun).
Pemain MyTeam bukan calang-calang orang. Dipilih, diuji, ditapis khas dari bakat-bakat di segenap ceruk yang ada di Malaysia nih. Dilatih secara pro oleh orang yang pro, tak cukup ngn tu, diorang siap timba pengalaman kat Manchester lagi. Tapi apsal diorang pun leh kalah dengan pasukan Indonesia yang persiapannya mungkin tidak sehebat MyTeam. Mungkinkah negara kita dah memang takdak bakat yang boleh diketengahkan lagi, atau mungkin sebab Indonesia pakai bomoh…
Aku tak mau kata apa dah.. sebab dah lama aku give up dengan bola sepak kat Malaysia. Sebagai seorang yang patriotik, aku tetap akan sokong Malaysia dalam kempen Piala Asia atau Piala Dunia. Tapi kalau liga super atau liga perdana, minta maaf banyak-banyak, not interested. Baik aku tengok budak-budak main bola kat taman permainan lagi best.
Launch date
October 19th, 2007
Selepas berhari-hari memikirkan hari yang sesuai untuk menge’launch’ website aku nih, aku telah memutuskan untuk launch website aku pada 25 Oktober 2007. Tarikh tu ambik sempena harijadi awek aku. Sepp duit skit, takyah wat majlis banyak kali. Sungguh ekonomi bukan?
BM ker English? Hantam sajalah….
October 19th, 2007
Memandangkan pengunjung-pengunjung website aku terdiri dari kawan-kawan aku dari dalam dan luar negara, aku rasa aku akan postkan entry blog aku ni bercampur-campur dalam English dan Bahasa (Melayu / Malaysia).
Ini adalah bertujuan untuk melatih orang-orang Malaysia berbahasa Inggeris (termasuk aku), dan orang putih berbahasa Melayu, hahaha. Macam mana aku decide nk buat entry BM or English? Jawapannya, ikut mood atau kandungan topik yang akan aku tulis nanti la. Aku tau korang mesti kata, “Pedulik hapa aku, hang nk tulis BM ka BI ka, ikut suka la..apsal Nash buat entry tak berfaedah camni…”
Aku sebenarnya, takdak idea nk tulis apa sekarang nih, huahuahua… Peace to all!!
p/s: Aku akan try tapi menggunakan bahasa melayu yang sempurna. Tidak ada sebarang bahasa sms akan digunakan untuk setiap entry aku. Aisey, memang payah nk tinggal tabiat nih..
Pre launched!!
October 15th, 2007
Pre launch the full website today to make some debugging. I’ve add imeem music player and chatbox. but it seems like there’s nothing for me to fix. Still thinking the perfect time to officially launch my website.