Masalah audio ketika melihat video di youtube

October 30th, 2007

youtube

Pernah tak bila korang pegi kat youtube, metacafe, veoh, atau lain-lain laman web yang menyediakan perkhidmatan video streaming online yang menggunakan flash,korang tak dengar audio atau bunyi dari speaker korang? Kalau pernah, jangan gabra dan jangan gundah gulana. Dan yang paling penting, jangan gatai tangan nak format pc anda.Kalau korang selalu sangat format harddisk korang, harddisk korang akan cepat lingkup dan juga status kewangan anda akan cepat merudum.

Simple gila beb, tak sampai 5minit pun kalau nak buat. Korang kena berani main ngn registry la. Aku tak paham sangat kenapa orang takut sangat nak main dengan registry. Kalau tau apa yang kita buat, takkan jadik masalah punya.Bukannya leh meletup pc tu, paling teruk pun kena format balik pc tuh,hehe.

So back to the topic, cara-cara untuk mengatasi masalah sound tak keluar bila tengok video kat youtube adalah:

1) tekan butang Windows+R, ataupun klik kat start button dan klik run.
2) Taip regedit dan tekan Enter
3) korang pegi kat

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Drivers32
4) lepas tuh korang buat satu string value baru dan namakan string tuh sebagai wavemapper, dan setkan value dia kepada msacm32.drv
5) Siap, tutup regedit

Korang takyah restart pc lepas buat step diatas. Kalo korang rasa was-was nk try edit regedit, ni aku ada sediakan registry file kat korang. Korang download file nih kat pc korang dan double click jer.

Download: youtube sound fix

NOTA: LANGKAH-LANGKAH DIATAS HANYA DIUJI UNTUK WINXP 32BIT DAN WINVISTA 32BIT SAHAJA. SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KALAU TERJADI SESUATU KEPADA PC ANDA AKIBAT DARI PENGGUNAAN FAIL REGISTRY YANG SAYA SEDIAKAN.

 

Posted by Nashroll on October 30th, 2007 | Filed in Tutorial |



Please leave a Comment