Photoshop CS3 review

October 28th, 2007

Ntah tetiba jer Adobe Photoshop CS dalam laptop aku takleh bukak, jadi aku uninstall la program tuh. Then, aku reinstall balik, tapi CD photoshop tu plak buat hal, terpaksa la aku “beli” yang CS3 punya. Aku install versi Photoshop CS3 Extended. Nak install tuh pun amik 1.1 GB, huhu..Setelah menunggu hampir setengah jam untuk install, aku mulakan operasi suai-kenal. Masa klik kat start menu tuh ada banyak program sampingan yang di install sekali. Aku listkan kat bawah nih:

  • Adobe Bridge CS3
  • Adobe Device Central CS3
  • Adobe ExtendScript Toolkit 2
  • Adobe Stock Photo CS3

Aku tak test lagipun apa fungsi program-program tuh. Maybe dalam post-post yang akan datang aku terangkan.Spec laptop aku:

  1. Pentium Core Duo 1.86Ghz
  2. 1GB DDR2 RAM (Adobe syorkan sekurang-kurangnya 2GB of RAM untuk runĀ  CS3)
  3. Nvidia GeForce 7400 128 Dedicated RAM (256mb Turbocache)

First skali yang aku perasan masa guna CS3 nih, masa yang diambil untuk load program nih lebih lama berbanding dengan versi-versi photoshop yang lain. aku mula guna photoshop sejak versi Photoshop 4 lagi. Memory yang digunakan juga tinggi. Memang sangkut-sangkut tahap cipan kalo nak edit gambar sambil pasang Windows Media Player, Yahoo messenger dan firefox serentak. Masa aku guna CS tak plak sangkut-sangkut. aku edit gambar yang saiznya 2-3mb ok jer, takdak sangkut-sangkut camnih. So aku tak paham la pasalpa ada gak orang kata CS3 nih ringan, lebih ringan dari CS2 dan CS2 sedangkan spec pc diorang tak la tinggi mana. (CD 1,66ghz, 512 RAM, Grafik kad intel 950).

Menu-menu yang ada tak banyak berubah berbanding versi yang terdahulu, ada tambahan pada filter. Contohnya pada blur, terdapat satu preset baru iaitu box blur. Workspace juga boleh di tukar mengikut kerja yang anda lakukan, so takyah nak susah-susah tutup or bukak palette yang tidak digunakan.

The big disappointment bagi aku ialah sebab Adobe telah menggabungkan imageready ke dalam photoshop. Ia sepatutnya menjadikan perkara lebih mudah, tapi bagi aku ianya satu yang amat menyusahkan. Nak buat gif animation pun berserabut palaotak. (yang simple-simple bleh la, tapi yang melibatkan opacity dan sebagainya??) Rata-rata teknik yang aku gunakan untuk buat gif animation sebelum nih dah takleh pakai lagi dah. So kalo aku nk guna jugak CS3 nih, aku terpaksa develop teknik baru. Nak manage slice and imagemaps pun payah..memang memakan masa yang lama untuk aku kuasai CS3 nih.

Aku rasa lebih baik aku patah balik guna Photoshop CS.lagipun aku tak perlukan sangat ciri-ciri tambahan yang ditawarkan oleh CS3 nih. Lebih selamat camtuh. Mengikut logik aku, tak banyak syarikat yangakan gunakan Adobe Photoshop CS3 nih, sebabnya syarikat-syarikat nih terpaksa gunakan software original untuk setiap pc diorang. Dan diorang takkan cepat-cepat upgrade Photoshop, sebab ia akan menggunakan duit yang banyak.So skarang aku tgh cari CD Adobe Photoshop CS,hehehe :P

____________________________________________________________

Untuk mengetahui perbezaan antara CS3 dan CS3 Extended sila ke http://www.adobe.com/products/photoshop/compare/

Untuk mengetahui perbezaan antara versi Photoshop Cs hingga ke CS3 sila ke http://wwwimages.adobe.com/www.adobe.com/products/photoshop/photoshop/pdfs/ps_cs3_chart_ue.pdf

 

Posted by Nashroll on October 28th, 2007 | Filed in Review, Tech |



Please leave a Comment