Asal usul nashroll19
October 25th, 2007
nashroll19[at]yahoo.com
Familiar ke ngn emel kat atas tuh? aku lagi familiar, haha. Sebab yang membuatkan aku gatal tangan untuk menulis entry ni adalah sebab banyak orang yang membuat andaian bahawa nombor 19 kat emel tuh adalah umur aku.
Antara kata-kata yang aku terima apabila orang mintak emel aku:
“Ceh, nashroll19. apa klas taruh umur kat emel”
“Woi ank dah tua bangka la, apsal taruk nombor 19 kat emel. tak malu, hehe”
“Biar betul umur ank 19 tahun. Nampak muda la..”
“Pehh, fan Dewa19 rupanya” –> memang takdak kena mengena langsung
“Korang semua salah la”
No 19 tuh adalah nombor favorite aku, dan tidak ada kena mengena dengan umur dan juga Dewa19. Aku sama sekali tidak suka apabila dikaitkan dengan Dewa19. Mengikut apa yang aku baca dari sebuah blog kepunyaan seorang warga Indonesia, Dewa19 merupakan kumpulan pro-yahudi. Kat blog tu jugak ada menyatakan bukti-bukti dan hujah-hujah yang boleh menyokong bukti-bukti tersebut. Walaupun camtu, tapi aku suka gak lagu-lagu Dewa tuh. Hanya lagu, tidak lebih dari itu. Music is universal. Nanti aku cari artikel tuh dan post kat sini.
Back to topic, tak silap aku, aku register emel nih taun 2000. Tapi emel yang paling lama aku simpan bertarikh 5 September 2001. Pada tahun milennium tuh umur aku baru 15 tahun. Jadi sudah terbukti bahawa nombor 19 itu tidak ada kena mengena dengan umur. Jadi korang jgn la tanya lagi pasal isu yang remeh temeh nih. Tengkiu
Aku tak paham apsal ada sesetengah orang suka taruh umur kat hujung nama emel. Mungkinkah:
- Diorang semua kerap lupa umur diorang?
- Nak bagi nampak muda or dah cukup umur?
- Untuk memudahkan diorang mengingati usia emel tersebut?
- nama yang doirang nk register dah diambil orang?
- Lain- lain…
Aku sendiri tak tau jawapannya. Sebab seingat aku, takdak sorang pon member aku yang taruh umur kat ujung emel (rasa-rasa cam ada jer), yang taruh tahun beranak ramai lah. Jadi camna aku nk tanya untuk dapatkan kepastian.
Kalo ada diantara korang yang menggunakan umur sebagai sebahagian daripada alamat emel, silalah beritahu aku sebab musabab kenapa korang buat cam tuh. Komen jer, tak yah nk antar emel. hehe…
Please leave a Comment