Bagai orang malas diberi cuti…
October 23rd, 2007
Petang tadi dalam pukul 5.40 aku ada terima satu panggilan telefon dari Puan Zu. Kalau tak silap aku, dia tuh pengetua Cosmopoint Sungai Petani. Mati-mati aku ingat pasal permohonan aku untuk membuat lanjutan PTPTN diluluskan, tapi sebenarnya bukan. Aku telah dipanggil temuduga untuk jawatan trainer kat Cosmopoint SP. Blur jap aku, sambil memikirkan bila masa aku apply kerja kat Cosmopoint. Abaikanlah, janji aku dapat peluang aku.
Apa kejadahnya trainer tu? aku pun tak dak clue. Tapi selepas brief explanation dari Puan Zu, barulah aku tau yang kerja trainer nih ajar budak-budak lepasan SPM buat Flash, photoshop dan sebagainya. Kiranya trainer nih cam lecturer tak bertauliah la,hehe.. Alhamdulillah, peluang kerja datang kat aku tanpa aku bersusah payah. Untung jugak aku rupanya.
Tambah Puan Zu lagi, gaji yang mungkin akan aku dapat adalah dalam lingkungan rm800++ dan kerja tuh adalah secara kontrak. Ala, boleh la tuh dari aku duduk tak buat apa kat rumah, lagipun kontrak tak lama, cuma 4 bulan jer.
Tapi.. bila fikir-fikir balik aku cam dengar perkataan yang cukup aku tak suka !! Naik alergik aku dengar perkataan tuh. Dah lama aku tinggal benda alah tuh, entah ingat ke tidak lagi action script dia.
Harap-harap dapat la aku dapat kerja tuh. kalau tak dapat pun takpa, asalkan PTPTN aku dapat. Duit tu a yang aku nk bayar yuran tertunggak aku kat cosmo. Selepas berbual beberapa ketika, sebenarnya salah seorang lecturer aku yang forwardkan nama aku untuk jawatan tuh. Terima Kasih untuk beliau kerana telah mengforwardkan nama aku.
p/s: Nama lecturer tersebut terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.
Please leave a Comment