2-0=Malu

October 21st, 2007

MyTeam kalah 2-0 ngn Indonesia. Ish, apa nk jadi ngan ‘industri’ bola sepak negara nih. Asyik kalah jer.. ni yang membuatkan aku tak minat tengok bola nih (dari dulu lagi aku tak suka tengok bola pun).

Pemain MyTeam bukan calang-calang orang. Dipilih, diuji, ditapis khas dari bakat-bakat di segenap ceruk yang ada di Malaysia nih. Dilatih secara pro oleh orang yang pro, tak cukup ngn tu, diorang siap timba pengalaman kat Manchester lagi. Tapi apsal diorang pun leh kalah dengan pasukan Indonesia yang persiapannya mungkin tidak sehebat MyTeam. Mungkinkah negara kita dah memang takdak bakat yang boleh diketengahkan lagi, atau mungkin sebab Indonesia pakai bomoh…

Aku tak mau kata apa dah.. sebab dah lama aku give up dengan bola sepak kat Malaysia. Sebagai seorang yang patriotik, aku tetap akan sokong Malaysia dalam kempen Piala Asia atau Piala Dunia. Tapi kalau liga super atau liga perdana, minta maaf banyak-banyak, not interested. Baik aku tengok budak-budak main bola kat taman permainan lagi best.

 

Posted by Nashroll on October 21st, 2007 | Filed in Semasa |



Please leave a Comment