Archive for October, 2007
Masalah audio ketika melihat video di youtube
October 30th, 2007

Pernah tak bila korang pegi kat youtube, metacafe, veoh, atau lain-lain laman web yang menyediakan perkhidmatan video streaming online yang menggunakan flash,korang tak dengar audio atau bunyi dari speaker korang? Kalau pernah, jangan gabra dan jangan gundah gulana. Dan yang paling penting, jangan gatai tangan nak format pc anda.Kalau korang selalu sangat format harddisk korang, harddisk korang akan cepat lingkup dan juga status kewangan anda akan cepat merudum.
Simple gila beb, tak sampai 5minit pun kalau nak buat. Korang kena berani main ngn registry la. Aku tak paham sangat kenapa orang takut sangat nak main dengan registry. Kalau tau apa yang kita buat, takkan jadik masalah punya.Bukannya leh meletup pc tu, paling teruk pun kena format balik pc tuh,hehe.
So back to the topic, cara-cara untuk mengatasi masalah sound tak keluar bila tengok video kat youtube adalah:
1) tekan butang Windows+R, ataupun klik kat start button dan klik run.
2) Taip regedit dan tekan Enter
3) korang pegi kat
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Drivers32
4) lepas tuh korang buat satu string value baru dan namakan string tuh sebagai wavemapper, dan setkan value dia kepada msacm32.drv
5) Siap, tutup regedit
Korang takyah restart pc lepas buat step diatas. Kalo korang rasa was-was nk try edit regedit, ni aku ada sediakan registry file kat korang. Korang download file nih kat pc korang dan double click jer.
Download: youtube sound fix
NOTA: LANGKAH-LANGKAH DIATAS HANYA DIUJI UNTUK WINXP 32BIT DAN WINVISTA 32BIT SAHAJA. SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KALAU TERJADI SESUATU KEPADA PC ANDA AKIBAT DARI PENGGUNAAN FAIL REGISTRY YANG SAYA SEDIAKAN.
Photoshop CS3 review
October 28th, 2007

Ntah tetiba jer Adobe Photoshop CS dalam laptop aku takleh bukak, jadi aku uninstall la program tuh. Then, aku reinstall balik, tapi CD photoshop tu plak buat hal, terpaksa la aku “beli” yang CS3 punya. Aku install versi Photoshop CS3 Extended. Nak install tuh pun amik 1.1 GB, huhu..Setelah menunggu hampir setengah jam untuk install, aku mulakan operasi suai-kenal. Masa klik kat start menu tuh ada banyak program sampingan yang di install sekali. Aku listkan kat bawah nih:
- Adobe Bridge CS3
- Adobe Device Central CS3
- Adobe ExtendScript Toolkit 2
- Adobe Stock Photo CS3
Aku tak test lagipun apa fungsi program-program tuh. Maybe dalam post-post yang akan datang aku terangkan. Read the rest of this entry »
Jalan-jalan cari handphone
October 27th, 2007
Aku bercadang nak upgrade handphone aku nih, tapi aku confuse nak beli yang mana satu. Mula-mula ingat nak beli w610i je, tapi lepas aku survey harga handphone kat Alor Star dan Sungai Petani,ni model-model handphone yang aku minat/ mampu aku beli
Model-model tersebut adalah:
- Sony Ericsson w850i
- Sony Ericsson w580i
- Sony Ericsson k810i
- sony Ericsson w610i
- Sony Ericsson w810i
- Motorola Rokr E2
Aku memang minat dengan Rokr E2 sejak dulu. Tapi memandangkan dah lama sangat handphone nih keluar dan design dia yang agak tak best, aku dropkan phone ni dari shortlist aku.
w810i plak memang pernah top satu masa dulu, sebab walkman player dia, dan salah satu dari handphone siri walkman yang ada kamera 2.0 megapixel autofocus. Setahu aku siri walkman yang ada autofokus hanya w810i dan w610i jer. Handphone nih pun aku drop jugak, sebab sound quality tak best kalo dibandingkan dengan handphone aku sekarang. Still guna walkman player version 1.0 dan tebal plak tuh.
W610i nih mid entry model bagi walkman phone. Kamera 2.0 megapixel autofocus, 2.0 walkman player. It’s a good phone actually, tapi aku tak berkenan dengan color scheme dia. Kalau depan hitam, belakang oren. Kalau depan putih/silver, belakang hitam. Disebabkan aku suka warna hitam, dan color scheme hitam tak menarik langsung, aku drop phone nih. Kalau Sony Ericsson buat color scheme yang depan belakang semua hitam, memang sah aku beli phone nih masa survey tadi.
K810i plak memang cun. Design dan build quality memang nampak mahal. Tambah pulak dengan kamera 3.2 megapixel autofocus dan Xenon flash, memang sebijik la macam digital camera la. Huh, digital camera? Nanti ayah aku nk beli sebijik kamera digital, watpa nak beli kamera lagi. Kalau nk guna kamera, aku songlap la,hahaha… K810i you’re out. I need a music phone..
w580i, cinta pandang pertama aku..Phone nih memang sexy, ada lampu liplap macam handphone aku yang sekarang nih. Slider phone, design up to date, plus skrin besar 2.0 inch 262k tft. Kamera 2.0 fixed focus, Walkman player version 2.0, dan yang paling best skali ada fitness application. cuma takda 3g dan cuma dapat memory card 512mb jer, huhu…
w850i, almost a perfect phone kalo bukan ketebalan dia tuh dan takdak ciri autofokus. handphone nih ada fixed focus 2.0 megapixel camera, 2.0 walkman player, 3g, dan 1Gb memory card in the box.
So calon-calon bakal handphone aku adalah

Forwarding URL
October 26th, 2007
Kepada sesapa yang melayari laman web aku ni dengan menggunakan url http://www.nashroll.tk. Aku dah forwardkan url tu ker nashroll.com. Link ke website asal nashroll.tk aku ada letakkan kat “Links” section. Domain .tk nih memang dah serasi dengan sebahagian classmate aku masa kat KSAH dlu. Memang ada sentimental value domain nih. Kalo tak silap aku, aku start guna domain .tk tuh sejak aku form 5, taun 2002 sampai la sekarang.
Memang mula-mula aku ingat nk beli nashroll.tk. Senang la aku nk letak kat hosting lain n buat apa yg patut, tapi harga mahal sangat la USD 19.99 setahun. Domain nih pun aku beli RM24 jer.So kalo korang nk beli domain jangan malu-malu cari aku. Kalo aku dapat murah, aku kasi murah..
Asal usul nashroll19
October 25th, 2007
nashroll19[at]yahoo.com
Familiar ke ngn emel kat atas tuh? aku lagi familiar, haha. Sebab yang membuatkan aku gatal tangan untuk menulis entry ni adalah sebab banyak orang yang membuat andaian bahawa nombor 19 kat emel tuh adalah umur aku.
Antara kata-kata yang aku terima apabila orang mintak emel aku:
“Ceh, nashroll19. apa klas taruh umur kat emel”
“Woi ank dah tua bangka la, apsal taruk nombor 19 kat emel. tak malu, hehe”
“Biar betul umur ank 19 tahun. Nampak muda la..”
“Pehh, fan Dewa19 rupanya” –> memang takdak kena mengena langsung
“Korang semua salah la”